KLCC yang semakin gah berdiri
Menjadi tumpuan setiap mata di ruang galaksi ini
Mengabadikan dalam potret kenangan bersiri
Disusun rapi dalam taman hati
Dialunkan indah oleh gitar akustik yang berkuasa tinggi
Objek bersegi pengganti diri
Menzahirkan apa yang termetri dihati
Entah kesampaian atau terhenti
Noktah episod tidak tahu bila harus diberi
Kerana harapan menggunung tinggi
Biarlah aku berdiri sahaja disini
Menunggu waktu untuk bersemi
Wahai KLCC..
Sambutlah rasaku ini yang masih berbaki
Sebelum ianya menjadi basi
No comments:
Post a Comment