Monday 8 October 2012

Dimana vaksin dan pelali?

Aku mengambil neraca di sudut sana
Menimbang tara antara kemahuan cinta atau memendam rasa
Pinjaman perasaan yang dikurnia Sang Pencipta
Cukup membuatkan hariku indah terpesona

Wahai si raksasa berkaca mata persis Harry Potter..
Adakah aku seorang loser?
Membiarkan perasaanku hanya diatas lembaran paper
Ditulis oleh pencinta angka yang dianggap blogger

Wahai dunia!!!
Tidak adakah vaksin menghalang cinta?
Tidak adakah suntikan pelali kuasa dua?
Kerana sesungguhnya riasmu telah pun memenuhi segenap sudut di kelopak mata!

No comments:

Post a Comment