Thursday 23 August 2012

Si perasan melayan perasaan

                                                   Dengar lagu dari radio, movie..

                                                            Layan perasaan

                                                  Ambil laptop, berangan, taip2 blog

                                                             Layan perasaan..

                                                             Layan perasaan..

                                                             Layan perasaan..

                                                      # Sampai satu peringkat

                                         Barulah sedar selame ni aku seorang yang perasan!

                                                       Masih melayan perasaan..

                                                            Masih lagi layan..

                              Kerana perasaan itu kehadirannya x terperasan oleh si perasan..

                                                 
                                               




Si baju biru

Adakalanya..sampai 1 masa..
kita hanya mampu memejamkan mata..
menahan satu rasa yang singgah dijiwa..

Kiranya angin lalu mempunyai suara..
Akan ku zahirkan rasaku melaluinya..
Agar setiap ruang yang ada tahu tentangnya..

Namun yang berlaku bukanlah begitu..
Lirik diperdengar melalui lagu..
Ditujukan khas buat si baju biru..

Hey si baju biru !!
Siapakah geranganmu berlegar di fikiranku..
Tanpa izin dan salam kau berada di situ..

Aku cuma ingin  mengerti..
Rasa yang telah sebati dalam diri..
Sebelum  jendela perpisahan terbuka di Januari..




Tuesday 14 August 2012

Selagi ada masa

VROMMMMM.....

Kedengaran kuat motor milik Abu di hujung sana. Almaklumlah, darah muda, ada sahaja yang ingin dicuba walaupun hakikatnya benda itu salah .Pelbagai aksi telah dipertontonkan oleh Abu kepada teman-temannya yang berada bersama. Arak, wanita, dadah, pil2 khayal telah sebati di dalam diri Adam.

"Adam,kau lah sahaja yang mak ada di dunia ni. Berubahlah ,nak", pinta Mak Temah.

"Mak, saya masih muda, lambat lagi nak mati. Nanti dah tua, saya pergilah masjid " jawab Abu

Orang kata Tuhan kalau nak tunjuk kuasaNya, masa itu jugak Dia boleh tunjuk. Benar!. Abu kemalangan di jalanraya dan dirempuh oleh lori yang membawa simen. Abu dan motornya terperosok ke bawah lori dan menunggu ketibaan bomba untuk memotong kepala lori. Dia tersepit.

Keadaannya kritikal dan dimasukkan ke unit rawatan rapi. Ahmad disahkan koma oleh pakar . Raya hampir menjelma. Mak Temah tidak putus-putus berdoa kepada Tuhan agar anaknya akan sembuh. Siapalah lagi yang dia ada di dunia ini melainkan Abu lah sahaja.

Sepanjang berada dalam keadaan koma, Abu telah mengalami beberapa mimpi. Di dalam mimpi tersebut, Abu telah berjumpa dengan seorang tua yang telah pun uzur. Orang tua itu memberi Abu sekeping sampul surat dan di dalamnya ada sekeping kertas yang bahasanya Abu sahaja yang faham.Kenapa begitu hanya Tuhan sahaja yang bisa mengetahui.

Abu meronta-ronta. Puas dia berjalan mencari jalan pulang. tetapi sayang,makin dia berjalan,makin jauh dia daripada pintu keluar. Abu menangis sekuatnya namun tiada siapa yang dengar. Di tangannya masih tergemgam erat lagi lembaran kertas yang diberi oleh orang tua yang uzur itu.

Dengan tidak semena-mena, ada satu terowong muncul di balik batu. Abu berlari pantas untuk mencari jalan keluar dan tiba-tiba...

Mata Abu terbuka kecil.Jari jemarinya bergerak. Telinganya kedengaran tangisan Mak Temah  sambil membaca ayat-ayat suci. Abu berasa amat takut sekali kerana dia berasa bahawa dia masih belum bersedia menghadap Ilahi. Dia menangis kerana tidak sempat untuk meminta maaf daripada ibunya.

"Eh Misi, panggilkan doktor. Pesakit menunjukkan tindak balas yang positif" kata seorang jururawat kepada kawannya.

Abu berasa amat lega. Ternyata dia masih hidup. Dia menatap wajah ibunya yang masih dibasahi air mata., Mereka berpelukan dan masih berpelukan..Tetapi entah mengapa tiba-tiba dia merasakan ibunya itu makin jauh dan makin jauh.Dia memanggil ibunya tetapi ibunya terus pergi bersama yang lain..Makkkkkkkk!!!!!

"Ma Rabbuka" kedengaran satu suara . Mengertilah Abu bahawa sebenarnya dia telah pun menghadap Ilahi. Apa yang diliha dan dirasait sebentar tadi hanyalah bayangan rohnya sedangkan jasadnya telah lama mati. Abu tahu semuanya sudah terlambat, namun dia mengharapkan doa ibunya akan sentiasa mengiringanya kerana doa seorang ibu itu tidak akan terhijab oleh apa pun...





"

Serpihan rusuk

Kau sukakan dia?

Merenung lantai..

Kau selalu teringatkan dia?

Merenung lantai..

Adakah kau meluahkan apa yang kau rasa kepadanya?

Masih merenung lantai..

Lalu mengapa?

Mengangkat muka dari memandang lantai..

Kau percaya kepada cinta?

Ya,aku percaya cinta kerana cinta itu datangnya dari Allah.Aku x bisa menghalang atau menjemputnya datang sesuka hati..

Justeru apa kau lakukan sekarang?

Aku hanya mampu berdoa andainya aku lah serpihan rusuknya yang hilang, aku berjanji akan menerima seadanya..

Benarkah begitu?

Merenung lantai dan tersenyum...