Monday 23 July 2012

Istikharah

Aku di hujung separa  sedar ,bergelut dalam demensi yang bisa membutakan mata .
Lalu harus bagaimana.Terkapai -kapai di lautan sepi berombakkan lara.
Menunggu berlabuhnya bahtera untuk menghulurkan bantuan.

Keseorangan lagi.Terpaksa menadah mendongak langit merenung bintang.
Mencari lorong-lorong gelap yang dihujungnya penawar.
Masih wujudkah garis-garis halus hasilan senyuman?

Wahai sayap, bawalah aku jauh
Tidak sanggup berada di tengah rasa yang dibahagi
Di kiri luka di kanan derita

Lalu ku bentangkan lipatan sejadah
Berkomunikasi dengan yang mencipta komunikasi
"Ya Allah,please, bantulah aku menterjemahkan lukisan mimpi yang menghantui"




Pencinta angka


                                               Ingin ku putarkan detik-detik bahagia bersama
                                 Namun apakan daya, bukan bahagia sahaja yang ada didunia
                                 Lalu ku mengambil lembaran kertas dan pena meluahkan rasa
                                             Ingin ku abadikan apa yang tersemat dijiwa
                                              Namun ku tahu aku baru sahaja bermula
                                                     Mencalit rasa menuturkan kata
                                              Berfantasi sejenak melepasi awanan mega
                                                      Andai terkurang disini disana
                                                      Maafkan hamba insan biasa
                                               Bukan sasterawan bukan  jua pendeta
                                             Hasilan akhir mungkin x seberapa mana
                                                Kerana aku seorang pencinta angka


Saturday 21 July 2012

Senyuman






Kehadirannya amat membahagiakan
Tanpanya muramlah dunia
Ianya tidak mempunyai harga
Tetapi sangat tinggi nilainya
Bisa mencipta perhubungan
Juga berkuasa menjernihkan
Diangkat menjadi sedekah yg plg ringan
Itulah senyuman..



Tekanan

Tertekan tertekan tertekan
Kenapa asyik tertekan..
Adakah kurang makan..
Ataupun kurang simpanan..

Tertekan tertekan tertekan
Mak kata tertekan tak ada kebaikan
Lalu apa patut dilakukan
Jumpa Nadiah Aiman atau Fathiah Sulaiman..

Tertekan tertekan tertekan..
Tak jumpa jalan penyelesaian..
Sebagai pengakhiran
Aku terjun bangunan..

Akhirnya tekanan pun hilang..