Monday 23 July 2012
Pencinta angka
Ingin ku putarkan detik-detik bahagia bersama
Namun apakan daya, bukan bahagia sahaja yang ada didunia
Lalu ku mengambil lembaran kertas dan pena meluahkan rasa
Ingin ku abadikan apa yang tersemat dijiwa
Namun ku tahu aku baru sahaja bermula
Mencalit rasa menuturkan kata
Berfantasi sejenak melepasi awanan mega
Andai terkurang disini disana
Maafkan hamba insan biasa
Bukan sasterawan bukan jua pendeta
Hasilan akhir mungkin x seberapa mana
Kerana aku seorang pencinta angka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment